Zhaoxin Semiconductor Memperkenalkan CPU x86 Yang Setaraf Dengan Cip Pemprosesan Kaby Lake Oleh Intel

Zhaoxin Semiconductor Memperkenalkan CPU x86 Yang Setaraf Dengan Cip Pemprosesan Kaby Lake Oleh Intel

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Industri CPU x86 yang biasanya didominasi oleh syarikat-syarikat seperti AMD, IBM dan Intel nampaknya bakal dikacau oleh sebuah syarikat pembina cip pemprosesan dari China yang dinamakan Zhaoxin Semiconductor.

Syarikat ini dimiliki oleh kerajaan Shanghai dan juga syarikat pembuat silikon terkenal VIA, dan baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan CPU x86 terbaru mereka, yang dinamakan Zhaoxin KX-6000, yang dikatakan hadir dengan tahap prestasi yang sama seperti CPU Intel Core i5-7400. CPU KX-6000 ini dikatakan hadir dengan lapan teras fizikal, dibina menggunakan proses 16nm dan mempunyai kelajuan asas 3GHz.

Pada tahun 2019 dimana pihak AMD dilihat melancarkan CPU komputer desktop dengan proses 7nm dan kelajuan yang jauh lebih pantas, ini boleh dikatakan sebagai langkah pertama oleh China untuk bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat-syarikat teknologi Amerika yang terpaksa memotong kerjasama mereka dengan negara tersebut oleh kerana sekatan perdagangan yang baru diperkenalkan.



TIPS & ULASAN