Cari @ Amanz

Kanak-kanak modem mahukan peranti yang sama seperti yang digunakan oleh ibu bapa mereka. Tetapi membelanjakan wang yang tinggi untuk telefon pintar bukanlah pelaburan yang bijak kerana mereka terlalu muda untuk menghargai peranti yang diberikan. Oleh itu produk seperti Novus telah dihasilkan dan menarik sekali ia menggabungkan telefon pintar, jam tangan pintar dan speaker pintar.

 Ia terdiri daripada Novus Core yang berbentuk empat segi lengkap dengan skrin kecil bersaiz 1.41″. Ini dipadankan dengan pemproses 1.28 Ghz empat teras, memori sebesar 4GB, kamera 2-Megapixel dan bateri sebesar 680 mah. Core mempunyai ketahahan IPX7, sokongan 4G dan menggunakan sistem operasi Android 8.1.

Untuk berubah menjadi telefon pintar, Core dimasukkan ke dalam kerangka khas yang menambah bateri sebesar 1400 mah yang menambah tempoh penggunaan peranti sehingga 72 jam. Kerangka ini mempunyai roda berputar pada bahagian hadapan untuk kawalan seakan sebuah iPod.

Kerangka untuk jam tangan pintar pula diperbuat daripada bahan silikon yang tidak merengsekan kulit pemakai. Akhir sekali ialah modul Novus Home dengan bateri sebesar 4400 mAh. Apabila Core diletakkan di dalamnya, Home akan berubah menjadi sebuah speaker pintar dengan sokongan Google Assistant.

Bagi ibu bapa, Core membolehkan lokasi anak-akan sentiasa dijejak. Menerusi perisian tambahan Novus, mereka juga boleh memantau nombor yang boleh dipanggil oleh si anak, notifikasi mereka tiba ke sekolah dan mengehadkan waktu permainan.

Novus sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama KickStarter dan boleh disokong pada harga $149 (~RM 617) satu set.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd