Jurutera Nissan Mencipta Itik Robot Untuk Tujuan Industri Padi Di Jepun

Jurutera Nissan Mencipta Itik Robot Untuk Tujuan Industri Padi Di Jepun

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Di Jepun, itik digunakan oleh pesawah padi untuk memastikan tanaman-tanaman padi mereka tidak diserang rumput liar, serangga dan tujuan pembajaan tanpa menggunakan racun rumpai dan bahan kimia bukan organik.

Akan tetapi, haiwan tersebut masih perlu dijaga oleh pekerja-pekerja sawah untuk memastikan mereka sentiasa sihat. Seorang jurutera Nissan baru-baru ini telah membina sebuah itik robot yang boleh melakukan semua perkara-perkara tersebut tanpa perlu terlalu banyak penyeliaan dari pekerja-pekerja manusia, dan hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi dan GPS yang boleh digunakan untuk menjejak lokasi robot-robot ini.

Walaupun keberkesanan itik robot ini dapat diperlihatkan di beberapa lokasi dimana ia diuji, Nissan masih belum mempunyai pelan untuk melancarkan robot-robot ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN