Microsoft Memperlihatkan Rekaan Peranti Boleh-Lipat Dan Sokongan Untuk Menjalankan Aplikasi Android

Microsoft Memperlihatkan Rekaan Peranti Boleh-Lipat Dan Sokongan Untuk Menjalankan Aplikasi Android

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Project Centaurus ialah sebuah projek konsep oleh Microsoft, dimana peranti Microsoft Surface yang terkenal akan hadir dengan rekaan baru, termasuklah kemampuan untuk dilipat.

Tidak seperti peranti Samsung Galaxy Fold ataupun Huawei Mate X, peranti Project Centaurus ini nampaknya akan dilengkapi dengan dua paparan skrin bersaiz 9 inci dengan ratio 4:3 dan bukan satu paparan yang boleh dilipat.

Ia juga akan dikuasakan oleh CPU Intel Lakefield yang dibina dengan proses 10nm, dan apa yang lebih menariknya, terdapat kemungkinan bahawa ia akan menggunakan sistem operasi Windows Core yang menyokong penggunaan aplikasi Android tanpa penambahan perisian lain.

Disamping itu, laporan Forbes turut menyatakan bahawa peranti ini, yang akan hadir dengan sokongan untuk sambungan LTE dan 5G akan diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2020 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN