Siri Video Tentang Kesedaran Jenayah Seksual Kanak-Kanak Diterbitkan KWPKM Di YouTube

Siri Video Tentang Kesedaran Jenayah Seksual Kanak-Kanak Diterbitkan KWPKM Di YouTube

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Jenayah seksual ke atas kanak-kanak adalah antara perkara paling terkutuk. Tahun lalu kes jenayah seks kanak-kanak meningkat hampir 21%  dalam tempoh enam bulan terakhir 2018. Paling merisaukan 75.5% suspek serangan seksual adalah dikenali oleh mangsa. Oleh itu kanak-kanak perlu diajar mengenai apakah jenayah seksual. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan siri video yang mensasarkan golongan kanak-kanak.

Lima animasi pendek sepanjang 1 minit menunjukkan beberapa situasi yang dikategorikan sebagai serangan seksual seperti sentuhan jahat. Video ini akan dimainkan sebagai iklan di hadapan kandungan YouTube yang biasanya ditonton oleh kanak-kanak. Dengan ini KPWKM berharap kanak-kanak akan menyedari apa yang berlaku ke atas mereka adalah jenayah dan memberitahu mereka langkah seterusnya yang perlu diambil.

Layari laman YouTube KPWKMTV


TIPS & ULASAN