Cari @ Amanz

OPPO pada sebelum ini dilaporkan akan melancarkan peranti dengan rekaan kamera di bawah skrin pada minggu ini. Nampaknya OPPO kini dalam persedian untuk melancarkannya, melalui perkongsian sebuah video yang memperlihatkan rekaan seperti ini.

Video yang dikongsikan ini menyajikan beberapa evolusi rekaan telefon pintar, sebelum ia berjaya mencapai rekaan skrin secara sepenuhnya. Ia dimulakan dengan peranti yang mempunyai rekaan bingkai yang tebal, dan seterusnya melalui proses rekaan peranti bertakuk, sehingga ke rekaan dengan bahagian mekanikal bergerak.

Namun pada penghujung video, ia memperlihatkan rekaan kamera di bahagian bawah skrin untuk perletakkan kamera hadapan. Ia ditempatkan pada bahagian tengah di atas peranti, dengan menyajikan kesan animasi apabila fungsi kamera mula diaktifkan.

OPPO dijangka akan memperkenalkan peranti ini pada 26 Jun ini melalui acara MWC Shanghai 2019. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dilancarkan dalam bentuk peranti konsep atau peranti yang akan dipasarkan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd