iOS 13 Dan iPadOS Beta Sedia Dimuat Turun Pengguna Awam

iOS 13 Dan iPadOS Beta Sedia Dimuat Turun Pengguna Awam

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

Sistem operasi iOS 13 dan iPadOS hadir dengan pelbagai fungsi baharu yang mempertingkatkan kemampuan iPhone, iPod dan iPad. Sejak diumumkan di WWDC beberapa minggu yang lalu, perisian Beta hanya boleh dimuat turun oleh mereka yang mempunyai akaun pembangun. Hari ini Apple akhirnya menawarkan iOS 13 dan iPadOS Beta kepada pengguna awam.

Seperti tahun lalu anda perlu melakukan salinan sandaran menggunakan iTunes atau iCloud terlebih dahulu. Kemudian pergi ke laman iOS 13 Beta untuk memuat turun profil ujian Beta ke dalam peranti. Apabila butang kemas kini ditekan, anda boleh memuat turun sistem operasi yang masih di dalam fasa ujian ini. Harus diingatkan peranti mungkin tidak akan beroperasi selancar iOS 12 sepanjang tempoh ujian. Muat turun jika anda tahu akan risikonya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN