Cari @ Amanz

AIO ialah komputer pilihan bagi mereka yang mempunyai ruang yang kecil di rumah. Bagi mereka menggemari komputer desktop dengan rekaan ini, Lenovo IdeaCentre AIO A340 akhirnya ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

IdeaCentre AIO A340 hadir dengan dua pilihan skrin sebesar 21.5″ atau 23.8″ beresolusi 1080P dengan sokongan sesentuh. Terdapat pilihan pemproses sehingga Intel  Core  i5-9400T. Ini dipadankan pula dengan memori sehingga 8GB RAM DDR4, storan 128GB M.2 PCIe SSD dan storan 1TB HDD.

Pilihan I/O adalah 2 USB 2.0, 2 USB 3.1, pembaca kad 3 dalam 1, port LAN, output HDMI dan pilihan pemacu optik DVD. Sepasang speaker 3W turut disertakan. Di Malaysia model dengan cip AMD dan grafik AMD Radeon 530 nampaknya tidak ditawarkan walauoun diumumkan di MWC yang lalu. IdeaCentre AIO A340 dijual pada harga bermula RM1999 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd