Vivo Bakal Melancarkan Kata Mata Realiti-Terimbuh Mereka Pada Minggu Ini

Vivo Bakal Melancarkan Kata Mata Realiti-Terimbuh Mereka Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

Vivo sedia menawarkan sejumlah peranti mudah-alih menarik, dan pada MWC Shanghai yang dijadualkan minggu ini, pihak Vivo dijangka memperkenalkan sejumlah perkara baru. Salah satunya adalah termasuk penawaran kaca mata pintar mereka tersendiri.

Vivo AR Glass

Buat masa ini, info penuh berkenaan dengan kaca mata pintar realiti-terimbuh mereka masih tidak diketahui, tetapi dikatakan akan menawarkan pandangan pada seluas 111-darjah. Vivo juga dijangka menyertakan sokongan skrin 3D bersama-sama dengannya.

Vivo AR Glass

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak Vivo berkaitan penawaran kaca mata realiti-terimbuh mereka pada minggu ini.


TIPS & ULASAN