Cari @ Amanz

Dua bulan yang lalu, Lenovo memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka, iaitu Lenovo ThinkBook khusus untuk pekerja pejabat yang memerlukan sebuah komputer riba yang bukan sahaja padat dan ringan, tetapi hadir dengan spesifikasi yang berkuasa.

Lenovo Malaysia nampaknya akan membawa masuk dua variasi Lenovo ThinkBook 13s. Kedua-dua model ini hadir dengan paparan bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080.

Dari segi spesifikasi dalaman, kedua-dua model ThinkBook 13s ini hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-8265U ataupun Intel Core i7-8565U, memori DDR4 sebanyak 8GB hingga 16GB dan storan SSD PCIe sebanyak 256GB dan 512GB.

Model ThinkBook 13s dengan CPU Intel Core i7 juga dilengkapi dengan kad grafik AMD Radeon 540X yang boleh digunakan untuk tujuan mengedit video dan sebagainya.

Kedua-dua komputer riba Lenovo ThinkBook 13s ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan boleh dibeli di kedai-kedai pengedar sah Lenovo ataupun di laman web Lenovo. Lenovo ThinkBook 13s dengan CPU Intel Core i5 mempunyai tanda harga RM4369, manakala model dengan CPU Intel Core i7 boleh dibeli pada harga RM5459.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd