Leica M-E Diperkenalkan – Kamera Bingkai Penuh Bersaiz Padat Dengan Tanda Harga RM12000

Leica M-E Diperkenalkan – Kamera Bingkai Penuh Bersaiz Padat Dengan Tanda Harga RM12000

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

Leica ialah jenama yang cukup terkenal diseluruh dunia oleh kerana kamera-kamera premium mereka yang dibuat dengan tangan secara hampir sepenuhnya.

Terkini mereka telah memperkenalkan sebuah model kamera Leica M yang dikenali sebagai Leica M-E (Typ240). iaitu sebuah kamera bingkai penuh (full frame) yang hadir dengan rekaan rangka yang padat, seakan-akan model-model kamera rangefinder mereka yang terkenal.

Kamera Leica M-E ini hadir dengan sensor bingkai penuh CMOS sebesar 24MP, tetapi sayangnya oleh kerana rekaan yang sangat padat tersebut, pengguna hanya boleh merakam gambar pada tetapan ISO setinggi 6400, manakala rakaman video terhad sehingga resolusi Full HD.

Pada tanda harga $3995 (~RM12000), kamera Leica M-E ini dikatakan model kamera Leica M yang mempunyai tanda harga “mampu milik”. Jika anda seorang penggemar kamera Leica, kamera ini akan tiba di pasaran antarabangsa pada penghujung bulan Julai kelak.


TIPS & ULASAN