PLUS & Microsoft Ingin Menambah Baik Pengoperasian Lebuh Raya Melalui Teknologi Pengkomputeran Awan

PLUS & Microsoft Ingin Menambah Baik Pengoperasian Lebuh Raya Melalui Teknologi Pengkomputeran Awan

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Microsoft Malaysia bagi mengitegrasikan sistem awanan Microsoft Azure pada rangkaian tol lebuh raya dan mempertingkatkan pengalaman pemanduan pengguna di Malaysia.

Untuk makluman anda, pelaksanaan ini telah memperlihatkan PLUS sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi seperti kecerdasan buatan, peranti berhubung dan pengkomputeran awanan bagi rangkaian lebuh raya negara. Menerusi jalinan ini, ia menunjukkan inisiatif PLUS dalam memperbaharui sistem operasi mereka dan mengurangkan kos pada rangkaian lebuh raya dengan penggunaan teknologi yang sedia ada.

Melalui adaptasi Microsoft Azure ini ia dapat menangani beberapa cabaran unit seperti mampu mengawal keupayaan pelayan web, mengekalkan fleksibiliti rangkaian, serta dapat meningkatkan sistem keselamatan pada platform PLUS. Selain itu, ia juga dapat memperluaskan infrastruktur premis dengan mewujudkan pelbagai ruang kepada syarikat untuk sebarang penambahbaikan pada perkhidmatan, khususnya kepada pengguna lebuh raya.

Seterusnya pada penggunaan sistem Azure Key Vault pula, ia berfungsi untuk mengawal data pada awanan dengan penggunaan kunci kriptografi. Di mana fungsi ini membolehkan operasi PLUS dapat mengurangkan percanggahan kemasukan data, penambahbaiakan pada pengurusan sistem dan dapat memperbaiki kutipan tol elektronik secara menyeluruh dengan purata sebanyak 40% .

Dengan memiliki lebih daripada 1.7 juta kenderaan pada lebuh raya PLUS – perihal ini jelas menunjukkan organisasi ini sememangnya memerlukan penyelesaian teknologi yang cekap untuk membantu mereka dalam menganalisa sejumlah data yang besar dan rumit. Oleh itu, adanya sokongan Azure ini dilihat dapat membantu pihak PLUS untuk menaiktaraf sistem operasi mereka pada persekitaran operasi yang kritikal, lebih masa nyata dan berupaya membuat keputusan yang tepat pada setiap pengendalian pengurusan.


TIPS & ULASAN