Cari @ Amanz

MediaTek pada hari ini telah mengumumkan Helio P65 yang merupakan cip kelas pertengahan dengan rekaan 12nm. Ia membawa peningkatkan kelajuan yang lebih pantas, bagi membolehkannya digunakan untuk menggalas sejumlah permainan terkini.

Cip ini dilihat membawa rekaan lapan teras, dengan penyertaan 2x Cortex-A75 sehingga 2 GHz, dan 6x Cortex-A55 dengan kelajuan mencapai 1.7 GHz. Ia juga menyertakan CPU Mali-G52 dengan penawaran prestasi 25% lebih pantas berbanding cip lapan-teras daripada siri Helio P sebelum ini.

MediaTek Helio P65 juga membolehkan peranti kelas pertengahan menikmati penggambaran setinggi 48MP, atau menyokong padanan dwi-kamera 16MP + 16MP. Ia turut menyertakan sokongan penstabilan imej elektronik (EIS) secara terbina, selain menyokong rakaman gerak perlahan pada kadar 240 fps.

Cip MediaTek Helio P65 sudah pun berada dalam fasa penghasilan dan dijangka akan berada pada peranti pengguna seawal Julai tahun ini. Dengan penyertaan CPU dan GPU yang berkuasa, ia dapat memberi peningkatan prestasi yang lebih drastik untuk digunakan pada peranti kelas pertangahan mampu-milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd