Apple Dilaporkan Membatalkan Penggunaan Kamera Titik Kuantum Kerana Kos Yang Tinggi

Apple Dilaporkan Membatalkan Penggunaan Kamera Titik Kuantum Kerana Kos Yang Tinggi

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Sebelum kedengaran ura-ura Apple akan menggunakan kamera dengan teknologi titik kuantum (quantum dot) yang memberikan kemampuan yang lebih baik berbanding sensor CMOS sedia ada. Hari ini menurut laporan The Telegraph, Apple membatalkan hasrat menggunakan teknologi kerana kos yang terlalu tinggi.

Firma Nanoco yang menghasilkan sensor titik kuantum dari UK mengumumkan pembatalan kontrak bernilai $17 juta Jumaat lalu dari sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Sumber Telegraph mengatakan syarikat tersebut adalah Apple.

Satu kekurangan sensor CMOS ialah ia hanya merakamkan 25% cahaya yang menembusi lensa kamera. Teknologi titik kuantum membenarkan 100% cahaya dikesan oleh sensor sekaligus meningkatkan kualiti imej gambar yang diambil. Jadi untuk masa terdekat pengguna peranti pintar perlu berpuas hati dengan teknologi sensor CMOS sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN