Pada laman Facebook, salah satu yang mungkin mencuri perhatian anda adalah paparan titik notifikasi berwarna merah – yang membuatkan anda lebih aktif berinteraksi, dan melihat pelbagai perkara baru. Perkara ini juga sekaligus membawa kepada ketagihan melayari laman sosial berkenaan secara tidak langsung.
Kini, dalam usaha mengatasinya, pihak Facebook dilihat menguji kebolehan untuk mengawal paparan titik notifikasi bewarna merah berkenaan, atau dinamakan Facebook sebagai “Notification Dots”.
Facebook is testing the ability to toggle Notification Dots of the specific tab in the app
This should address the long annoyance of tabs showing notification dots that don't spark joy for the user pic.twitter.com/vtBLkbjKtE
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) June 1, 2019
Melalui apa yang dilihat, pengguna boleh mengawal ingin melihat notifikasi daripada perkongsian berbentuk apa – sama ada daripada profil, video, Groups, dan sebagainya.
Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan kepada semua pengguna ataupun tidak.
Tetapi, langkah pengenalan ini mungkin mengembirakan ramai pengguna – memandangkan adakalanya anda tidak ingin melihat notifikasi daripada sesuatu aktiviti atau perkongsian.