Cari @ Amanz

HMD Global boleh dikatakan antara syarikat pengeluar peranti yang aktif menawarkan kemaskini sistem operasi kepada peranti-peranti keluaran mereka. Terbaru, selepas dinantikan sekian lama, mereka turut telah mula menawarkan kemaskini Android Pie terbaru untuk peranti Nokia 1.

Nokia 1 Pie

Untuk makluman, Nokia 1 merupakan telefon pintar dengan penawaran spesifikasi asas, dan hadir berasaskan kepada sistem Android Go. Ia telah dilancarkan pada April 2018 yang lepas di Malaysia, dan ditawarkan pada harga RM339 ketika itu.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Nokia 1, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menikmati sejumlah ciri-ciri baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd