Cari @ Amanz

Apabila Acer Predator Helios 300 dilancarkan pada tahun lepas, ia merupakan salah satu daripada model-model komputer riba gaming yang paling popular oleh jenama tersebut.

Kini, Acer Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini komputer riba tersebut dengan komponen-komponen terkini yang membolehkan pengguna memainkan permainan komputer terbaru tanpa masalah.

Komputer riba Predator Triton 300 ini ini dilengkapi dengan paparan skrin hampir nirbingkai bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz,

Ia juga hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5 dan Core i7 generasi kesembilan, memori DDR4 sebanyak 8GB/16GB dan juga storan SSD PCIe NVMe sebesar 256GB.

Acer juga telah mengemaskini bahagian kad grafik komputer riba ini dengan memuatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q didalamnya, dan ini membolehkan pengguna memainkan semua permainan komputer terbaru di pasaran sekarang pada tetapan yang cukup tinggi.

Predator Triton 300 ini juga menggunakan sistem penyejukan Aeroblade 3D generasi keempat yang terbaru, dan dengan perisian PredatorSense, pengguna juga boleh melewahjam CPU secara terus.

Bukan itu sahaja, Acer juga telah mengurangkan ketebalan komputer riba ini, menjadikannya setebal 22.9mm sahaja.

Acer Predator Triton 300 dengan spesifikasi terbaru ini akan memasuki pasaran Malaysia hari ini, dan Acer Malaysia telah membawa masuk tiga model, seperti berikut.

  • Acer Predator Triton 300 (Intel Core i5, 8GB RAM) – RM5399
  • Acer Predator Triton 300 (Intel Core i7, 8GB RAM) – RM6199
  • Acer Predator Triton 300 (Intel Core i7, 16GB RAM) – RM6799
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd