Cari @ Amanz

Paparan skrin gaming Acer Predator X35 diperkenalkan dua tahun lalu di acara Acer Global Press Conference di New York. Sejak itu, tidak banyak yang didengari mengenai paparan tersebut sehinggalah hari ini.

Paparan tersebut kini dikenali sebagai Predator X35 Hyper Immersion, dan ialah sebuah paparan melengkung bersaiz 35 inci yang mempunyai resolusi 3440×1440 pixel dengan kadar segar semula 144Hz yang boleh dilewahjam sehingga 200Hz, dan mempunyai sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC Ultimate yang turut memuatkan ciri HDR10 didalamnya.

Paparan ini menggunakan panel Quantum Dot dan hadir dengan mampu menunjukkan 90 peratus daripada gamut warna DCI-P3 dan mempunyai kecerahan 1000 nit khusus untuk sokongan HDR10 yang menjanjikan warna yang lebih mantap.

Ia juga dilengkapi dengan ciri pencahayaan RGB yang dinamakan RGB Light Sense, dimana pengguna boleh memilih salah satu daripada sembilan preset warna yang boleh digunakan bergantung kepada mood anda.

Menurut Acer Malaysia, paparan skrin Acer Predator Triton X35 ini akan memasuki pasaran tempatan sekitar awal bulan Ogos, dan akan dijual pada harga RM9399, dimana ia juga akan disertakan dengan waranti selama tiga tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd