Cari @ Amanz

HTC Berkongsi Spesifikasi Vive Cosmos Dengan Skrin Beresolusi Paling Tinggi Pada Peranti Realiti Maya

Link Copied!

HTC Vive Cosmos diumumkan ketika acara CES yang berlangsung di Las Vegas bulan Januari yang lalu. Hari ini HTC berkongsi beberapa maklumat mengenai spesifikasi dan mendedahkan ia menggunakan skrin yang beresolusi paling tinggi pada peranti realiti maya. Kedua-dua skrin Vive Cosmos mempunyai resolusi 2880 x 1700 pixel yang lebih tinggi berbanding 2160 x 1200 pixel pada sebuah Vive asal.

Dengan penggunaan skrin yang beresolusi lebih tinggi, paparan permainan maya akan kelihatan lebih realistik tanpa kesan screen door yang boleh ditemui pada peranti realiti maya generasi awal. Selain itu skrin yang digunakan turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

Pada permukaan luar Vive Cosmos terdapat enam kamera yang mengesan kedudukan pemakai dalam dunia sebenar. Ia turut menjejak kedudukan dua alat kawalan bagi memberikan pergerakan yang lebih tepat. Plat hadapan Vive Cosmos boleh ditanggalkan bagi menambal aksesori modular. Ini adalah peranti realiti maya dengan sistem seperti ini.

Akhir sekali bahagian skrin boleh dilipat ke atas bagi memudahkan pengguna melihat dunia sebenar tanpa menanggalkan tali pengikat kepala. Maklumat lain masih belum dikongsi tetapi Vive Cosmos dipercayai akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.


Komen ()