Galaxy A90 pada sebelum ini dilaporkan akan memfokuskan kepada penggunaan berkuasa seperti kebolehan untuk memainkan bermainan bergrafik intensif. Dengan fokus kepada fungsi yang berkuasa, peranti ini dilaporkan akan dijana dengan cip Snapdragon 855 yang sedia digunakan pada peranti mercu pada tahun ini.
Perkara ini dilaporkan oleh OnLeaks di Twitter, yang mana ia bakal hadir dengan dua variasi menerusi SM-A908 (5G) dan SM-A905 (4G). Kedua-dua peranti ini bakal menyertakan paparan 6.7-inci dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, cip Snapdragon 855, dan keupayaan tri-kamera 48MP + 8MP + 5MP.
Pada variasi 5G, ia bakal membawakan modem Snapdragon X50 yang membolehkan pengguna menikmati sambungan pantas 5G. Namun pada variasi 4G, peranti ini dijangka akan hadir dengan fungsi eksklusif ’tilt OIS’ untuk kebolehan penstabilan imej yang lebih baik.
Dengan laporan ini, Samsung Galaxy A90 dijangka akan menjadi peranti siri Galaxy A pertama dengan janaan cip berkuasa. Cip ini sedia digunakan pada Galaxy S10 dan S10+ pada sejumlah pasaran, dan mungkin bakal menjana Galaxy Note 10 pada akan datang.