Carian
6 Fungsi Menarik Yang Ditawarkan Pada EMUI 9.1
June 26, 2019 Lina Rosli

Sewaktu pelancaran telefon pintar Huawei siri P30 yang lalu, Huawei telah memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu EMUI 9.1. Sistem operasi EMUI 9.1 ini membawakan pengalaman baru kepada pengguna yang menginginkan lebih banyak interaksi dan aktiviti yang berkualiti bersama telefon pintar. Dengan ini, ia menjadikan gaya hidup anda lebih menakjubkan yang mana ia menampilkan pelbagai tawaran menarik menerusi sistem operasi EMUI 9.1.

Selari dengan perkembangan teknologi hari ini, Huawei kini berkongsi kepada anda kemaskini terbaru untuk sistem operasi EMUI 9.1 untuk peranti siri Huawei Mate 20 bermula 27 Jun ini. Menerusi versi baru ini, anda boleh mencuba pelbagai fungsi menarik termasuk Huawei Share dan Huawei Smart Video Editing dengan hanya menaik taraf sistem operasi untuk peranti pintar anda. Oleh itu, mari kita lihat lima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai kemaskini kali ini.

Kelancaran Maksima Menerusi GPU Turbo 3.0

Bagi anda yang meminati permainan mudah alih,  EMUI 9.1 hadir dengan membawa sokongan GPU Turbo 3.0 untuk penawaran prestasi yang lebih pantas. Melalui kemaskini EMUI 9.1 ini, ia menawarkan lebih pengoptimasian perisian dan perkakasan dalam menawarkan grafik yang lebih konsisten. Ia juga mampu meningkatkan prestasi grafik selain dapat mengurangkan kadar penggunaan bateri sewaktu memainkan permainan video.

Menarik mengenai GPU Turbo 3.0 ini juga, Huawei turut menambah beberapa permainan global yang baru yang pada awalnya hanya ada enam permainan sehingga 25 permainan pada masa kini. Bukan itu sahaja, fungsi ini juga hadir dengan kadar segar semula yang lebih stabil, daya tahan yang lebih kuat selain membawakan pengalaman permainan video yang lebih mencabar.

Pembantu Maya Digital Voice Assistant

Selain menampilkan fungsi khusus untuk permainan mudah alih, EMUI 9.1 turut menyertakan fungsi Voice Assistant kepada pengguna lain. Pembantu maya digital, atau Voice Assistant ini menampilkan respons masa-nyata yang lebih pantas dan jitu berbanding pembantu maya digital yang lain.

Untuk mengaktifkan fungsi baru ini, anda hanya perlu menekan butang kuasa dalam masa satu saat. Kemudian, anda boleh mengaktifkan pembantu maya Google Assistant dan seterusnya anda boleh mula melakukan laporan suara anda.

Perkongsian Fail Dan Gambar Lebih Pantas Dengan Huawei Share

Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, Huawei turut memperkenalkan sistem perkongsian pantas antara dua peranti, iaitu Huawei Share. Siri Huawei Mate 20 hadir dengan sokongan teknologi Huawei Share dengan fungsi ‘OneTap To Share’. Menerusi Huawei Share, anda boleh berkongsi fail atau video yang mempunyai saiz yang besar dengan hanya satu sentuhan (tap) pada peranti yang disambungkan. Huawei Share berkemampuan untuk memindahkan fail, gambar atau video pada masa yang singkat.

https://www.youtube.com/watch?v=5q8hx5-I1YE

Dengan teknologi Huawei Share, anda tidak lagi perlu risau ketika ingin melakukan pemindahan fail. Hal ini kerana, ia tidak menggunakan kabel sewaktu proses perkongsian gambar selain hadir dengan ciri berasaskan NFC yang digunakan oleh telefon bimbit Huawei. Ciri ini dilengkapi dengan cip NFC dan sistem EMUI 9.1 yang sesuai untuk pemindahan secara automatik ke dalam mana-mana peranti yang disambungkan.

Smart Video Editing Menyunting Video Menggunakan Kecergasan Buatan

Antara fungsi menarik yang ditawarkan dalam sistem operasi EMUI 9.1 termasuk fungsi Smart Video Editing. Anda kini boleh melakukan suntingan untuk video menerusi teknologi kecergasan buatan. Dengan ini, anda boleh menyunting adegan atau babak menarik mengikut pilihan anda. Fungsi suntingan ini juga turut diperbaharui dengan menawarkan lebih kawalan pada fungsi yang dibekalkan secara terbina.

Menggunakan fungsi baru ini, anda tidak lagi perlu memuat turun lagu atau muzik latar di internet. Hal ini kerana, fungsi Smart Video Editing yang disertakan pada EMUI versi 9.1 ini turut menyediakan efek dan muzik latar yang bersesuaian dengan klip video yang telah disunting. Jadi, dengan fungsi baru ini ia dapat memudahkan proses penyuntingan selain membolehkan pengguna telefon pintar Huawei untuk berkongsi sesuatu detik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Panggilan Telefon Dengan Nada Dering Rakaman Video

Bercakap mengenai ciri-ciri yang lain, siri Huawei Mate 20 dengan kemaskini sistem operasi EMUI versi 9.1 ini turut membolehkan anda menetapkan Video Ringtone untuk panggilan yang diterima. Jika dahulu anda kerap menetapkan lagu tertentu untuk rakan tertentu, kini paparan sewaktu panggilan diterima akan tampak lebih ceria dan meriah. Anda juga boleh memilih video dari selebriti tempatan untuk menetapkannya sebagai Video Ringtone.

Sambungan Telefon Pintar Dengan Mesin Sewaktu Beriadah

Tidak ketinggalan juga untuk anda yang gemar bersukan dan beriadah, anda juga masih boleh kekal berhubung dengan telefon pintar anda. Dengan sistem operasi EMUI 9.1 ini juga, ia mampu menghubungkan peranti pintar anda dengan mesin treadmill bagi mendapatkan data masa-nyata sewaktu bersukan. Antara informasi yang boleh dikongsikan termasuk tempoh, jarak dan langkah yang anda lakukan ketika anda beriadah. Dengan ini, anda boleh mencatat aktiviti sukan anda secara automatik menerusi sistem operasi EMUI versi 9.1 yang baru.


Kesimpulan

Kesimpulannya, sistem operasi EMUI 9.1 menawarkan pelbagai fungsi menarik yang dapat membawakan pengalaman yang baik dalam apa jua situasi. EMUI 9.1 hadir dengan sokongan kecergasan buatan yang sangat baik untuk suntingan video secara pintar melalui Smart Video Editing selain hadir dengan teknologi perkongsian pantas dan mudah melalui Huawei Share. Bukan itu sahaja, bagi anda yang gemar bermain permainan mudah alih atau permainan video, sistem operasi ini turut hadir dengan teknologi GPU Turbo 3.0 yang menawarkan lebih pengoptimasian perisian dan perkakasan dalam menawarkan grafik yang lebih konsisten.

Sebelum ini, Huawei juga telah melancarkan siri Huawei P30 dengan menggunakan sistem operasi EMUI versi baru. Kali ini, kemaskini EMUI 9.1 dijangka akan hadir seawal akhir bulan ini bagi pengguna Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20 X. Bagi anda yang memiliki peranti Huawei Mate 20, anda boleh mula kemaskini sistem operasi sedia ada kepada EMUI 9.1. Selain itu, Huawei turut akan melancarkan kemaskini EMUI 9.1 kepada peranti-peranti Huawei yang lain bermula 27 Jun kelak.

Bagi anda yang menggunakan peranti Huawei, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke halaman Settings > System > Software Update > Check for Updates.

Selain daripada itu, secara alternatif, anda turut boleh dapatkan perisian terkini ini melalui laman rasmi Huawei EMUI.

Bagi anda yang inginkan peranti dengan sokongan perisian untuk tempoh masa lama, anda boleh dapatkan pelbagai model peranti terbaru melalui laman Huawei Official Shop hari ini.

Ini adalah advertorial daripada Huawei Malaysia.

Komen