Carian
Grab Berkongsi 4 Tabiat Pemakanan Rakyat Malaysia Berasaskan Pesanan GrabFood
June 26, 2019 Liyana

GrabFood baru-baru ini telah berkongsikan statistik yang menunjukkan kebiasaan pelanggan mereka pada permintaan pesanan makanan. Apa yang menarik, apabila pengguna mula menjadikan platform ini sebagai ruang perkongsian bersama untuk keluarga dan rakan-rakan mereka.

Ini adalah 4 fakta tabiat dan selera tempatan yang perlu anda ketahui – bagaimana pengguna Malaysia meraikan bulan Ramadhan dan musim perayaan bersama GrabFood.

Pengguna Lebih Gemar Untuk Berbuka Bersama!

Dalam semangat meraikan perayaaan, lebih ramai rakyat Malaysia memutuskan untuk memesan dan membuka bersama. Statistik menunjukkan sebanyak 55% peningkatan pada pesanan makanan dibuat semasa Ramadhan berbanding bulan sebelumnya. Purata setiap tempahan yang dilakukan memiliki sebanyak 5 pesanan. Antara perkhidmatan makanan yang sering menjadi pilihan adalaha daripada Wasabi, Nandos, Taman Desa, Texas Chicken dan Madam Kwan.

Malah melalui khidmat pesanan makanan ini, GrabFood melihat menu sate ayam telah menjadi pilihan kegemaran pengguna sewaktu bulan Ramadan lalu. Di mana permintaan sate ayam telah meningkat 3 kali lebih tinggi pesanan berbanding pesanan sate kambing dan daging lembu. Jumlah pesanan tersebut mencerminkan sate sebagai juadah pilihan pengguna untuk berbuka bersama-sama.

Makanan Ringan Pilihan Pengguna GrabFood

Bercerita sahaja mengenai makanan ringan, sudah pasti pelbagai makanan yang akan difikirkan. Umum ketahui pengguna Malaysia suka akan makanan ringan, ia dilihat lebih mudah untuk dihadam dan cepat disediakan. Antara makanan ringan yang menjadi pilihan penguna GrabFood adalah Honey Butter Biscuit-Texas Chicken dan kentang goreng. Pilihan makanan ringan ini telah menjadi antara pesanan utama masyarakat tempatan pada musim Ramadan dan perayaan baru-baru ini.  Purata pesanan makanan ringan ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 80% pesanan telah dilakukan.

Tabiat Masyarakat Malaysia Yang Suka Mengunyah

Menurut GrabFood, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang dengan mengambil kesempatan pada operasi lanjutan yang telah dilaksanakan oleh pihak GrabFood. Peningkatan sebanyak 45% pesanan makanan telah dilakukan antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Jelas menunjukkan, masyarakat Malaysia suka mengunyah dan suka akan makanan.

Sekiranya  anda tertanya apakah menu utama yang sering ditempah pada jam sedemikian. Ia adalah – Kentang Goreng, Oreo McFlurry dan minuman Bubble Tea antara tiga menu utama yang menjadi pilihan. Malah, peratus pesanan ini telah meningkat sehingga 40% pesanan sepanjang bulan lalu. Oleh demikian mereka telah memperluaskan lagi masa operasi dengan penghantaran makanan di Lembah Klang hingga jam 2 pagi.

Bubble Tea Dan Ayam Goreng Duduki Carta Pesanan Tertinggi!

Melihat pada pesanan yang dilakukan, secara jelasnya makanan rui sebenar masyarat tempatan adalah ayam goreng dan minuman Buble Tea. Hal ini kerana, hampir 110,000 ketul ayam goreng telah dilakukan pada bulan lalu. Peningkatan pada pesanan ini turut disokong dengan baucar BOKBOK bagi setiap pembelian menu ayam. Manakala lebih 40,000 minuman Bubble Tea telah dipesan. Bubble Tea Sugar Brown antara yang menjadi pilihan utama pada pesanan dengan hampir 60% tempahan telah dibuat.

Dan jika anda masih mengalami demam makanan, jangan khuatir GrabFood telah tampil dengan beberapa promo kod. Untuk anda yang masih kelaparan – melalui promo kod EXCLUSIVE, anda bakal memperolehi sebanyak 30% potongan harga bagi setiap pesanan di platform GrabFood.


Menerusi pengamatan ini, GrabFood tidak hanya mengubah pespektif pengguna terhadap keperluan makanan. Namun turut melihat bagaimana mereka merayakannya untuk setiap musim perayaan melalui pesanan makanan.

Dengan adanya platform GrabFood ini, lebih banyak kemungkinan untuk meraikan sebarang sambutan dengan pelbagai juadah makanan yang mustahil untuk didapati. Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari pada pautan dibawah.

Komen