BMW Memperlihatkan Sistem Yang Memberhentikan Kenderaan Apabila Mengesan Lampu Merah

BMW Memperlihatkan Sistem Yang Memberhentikan Kenderaan Apabila Mengesan Lampu Merah

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Antara musuh utama ketika memandu ialah hilang perhatian ke atas jalan raya kerana melihat ke arah lain. Kadang kala kami sendiri secara peribadi tidak menyedari lampu isyarat berubah menjadi merah kerana terlepas pandang. Dalam situasi serius ini boleh mengakibatkan kemalangan yang serius. BMW telah membangunkan sistem automatik yang menghentikan kenderaan apabila mengesan lampu isyarat merah.

ACC Traffic Light Recognition menggunakan sistem radar yang telah digunakan pada kenderaan semasa seperti Siri 3. Sistem mengesan perubahan lampu isyarat dan menekan brek secara beransur-ansur untuk memberhentikan kenderaan. Pada paparan kenderaan ikon lampu isyarat akan dipaparkan bagi memberikan peringatan kepada pemandu. Menurut BMW, di masa hadapan ia turut boleh diprogramkan untuk berhenti apabila melihat papan tanda berhenti. Ia masih perlu diuji dengan halaju maksimum operasi sekitar 80 km/j.

Kerana ia menggunakan teknologi sedia ada, sistem swapandu Tahap 2 ini boleh diberikan kepada beberapa model kenderaan semasa menerusi kemas kini perisian di masa hadapan. Sekurang-kurangnya sistem ini akan mengelakkan kemalangan akibat kelalaian pemandu untuk melihat lampu isyarat dari berlaku.


TIPS & ULASAN