Vivo Memperkenalkan Super FlashCharge 120W Secara Rasmi – 13 Minit Untuk 100%

Vivo Memperkenalkan Super FlashCharge 120W Secara Rasmi – 13 Minit Untuk 100%

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kami telah melaporkan yang Vivo telah memperlihatkan sistem pengecasan pantas baharu mereka – Super FlashCharge 120W. Sistem pengecasan ini sangat pantas, malah adalah yang terpantas setakat ini. Ia menggunakan sistem berasaskan Super FlashCharge yang sama pada peranti iQOO, cuma versi ini telah dioptimasikan.

Terkini di MWC Shanghai 2019, Vivo telah memperlihatkan sistem pengecasan ini secara rasminya. Seperti Super FlashCharge sebelum ini, versi 120W ini turut digunakan pada peranti iQOO. Cuma iQOO yang diuji ini adalah iQOO yang telah diubahsuai dengan bateri 4000mAh dwi-sel seperti OnePlus 7 Pro.

Masa pengecasan sistem ini adalah 13 minit dari 0%-100%. Ini adalah satu masa yang sangat singkat dan menakjubkan. Atas ujian kami tadi, peranti ini terasa terlampau panas dan kurang meyakinkan. Tetapi kita mungkin perlu memberi peluang, kerana buat masa ini ia masih lagi prototaip dan belum bersedia untuk digunakan secara komersil.


TIPS & ULASAN