Bersama-sama pengenalan teknologi kamera disebalik skrin, Oppo hari ini turut memperlihatkan teknologi komunikasi terbaru mereka, iaitu MeshTalk. Melaluinya, ia membolehkan pengguna berkomunikasi pada jarak dekat – sehingga 3 kilometer antara peranti lain.
Menariknya, teknologi ini tidak bergantung kepada rangkaian selular, WiFi ataupun Bluetooth, sekaligus membolehkan anda kekal berhubung tanpa masalah dalam beberapa bentuk keadaan.
Untuk menjayakannya, Oppo menggunakan sebuah cipset bertenaga rendah yang mengaktifkan rangkaian LAN dan sistem komunikasi berbalik antara peranti Oppo yang dalam lingkungan kawasan berkenaan.
Ini sekaligus membawa kepada sistem komunikasi terpencar yang tidak bergantung kepada sebarang stesen telekomunikasi – dan menawarkan kadar privasi lebih tinggi lagi.
Buat masa ini, ia sekadar pengenalan teknologi baru sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan melalui peranti keluaran Oppo.