Kursus Pembelajaran Bahasa Arab Kini Ditawarkan Pada Aplikasi Duolingo

Kursus Pembelajaran Bahasa Arab Kini Ditawarkan Pada Aplikasi Duolingo

Diterbitkan pada June 26, 2019 oleh .

Duolingo merupakan aplikasi yang membolehkan anda mempelajari sejumlah bahasa dengan proses pembelajaran interaktif. Aplikasi ini nampaknya telah menambah Bahasa Arab, sekaligus memudahkan pengguna mempelajari bahasa Al-Quran ini.

Seperti kursus pembelajaran bahasa yang lain, Duolingo akan mengajar pengguna beberapa perkataan dan cara menyebutnya terlebih dahulu. Pengguna kemudiannya akan dibawa ke aras pembelajaran yang lebih tinggi, seperti membuat struktur ayat hasil daripada pembelajaran sesuatu perkataan baru.

Dengan kursus yang disediakan ini, pengguna dapat menguasai bahasa baru dengan mudah tanpa perlu mengikuti kelas bahasa secara fizikal. Cara pembelajaran pada Duolingo juga dilihat lebih ceria dan menarik, sekaligus memudahkan anda memahami penggunaan sesuatu bahasa dengan lebih berkesan.

Duolingo telah sedia ditawarkan secara percuma untuk pengguna, yang mana boleh dimuat-turun pada platform Android dan iOS. Selain daripada Bahasa Arab, anda juga boleh mempelajari 15 bahasa lain, seperti Bahasa Perancis, Jerman, dan Itali.


TIPS & ULASAN