YouTube Kini Membenarkan Anda Memilih Video Yang Tidak Ingin Disarankan

YouTube Kini Membenarkan Anda Memilih Video Yang Tidak Ingin Disarankan

Diterbitkan pada June 27, 2019 oleh .

Algoritma YouTube melihat sejarah tontonan pengguna untuk menyarankan video pada susur masa. Tetapi kadang kala anda menonton satu video secara rawak (mungkin video Baby Shark misalnya) secara tidak sengaja yang mengakibatkan video genre yang sama disarankan berkali-kali. Ini adalah amat menjengkelkan kerana anda tidak mempunyai kawalan untuk menghalang video seperti ini dari terpapar.

YouTube hari ini memperkenalkan fungsi baharu yang memberikan akan kuasa untuk memilih video yang anda tidak mahu lagi disarankan. Pada imej kecil video, anda boleh memilih “Don’t recommend channel” bagi menghalang ia dari disarankan lagi kepada anda oleh YouTube.

YouTube juga lebih telus dengan memberikan sebab mengapa saluran tersebut disarankan. Pada aplikasi iOS sekarang, kapsyen kecil akan memberitahu anda saluran tersebut popular di kalangan penonton saluran yang anda langgani misalnya. Buat masa ini fungsi ini hanya diperkenalkan pada aplikasi iOS. Ia akan hadir ke aplikasi Android dan versi desktop dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN