Dompet Digital Touch ’n Go Memperkenalkan Polisi Jaminan Wang Kembali Untuk Transaksi Nirtunai

Dompet Digital Touch ’n Go Memperkenalkan Polisi Jaminan Wang Kembali Untuk Transaksi Nirtunai

Diterbitkan pada June 27, 2019 oleh .

Touch ’n Go sebelum ini telah hadir dengan sejumlah promosi khusus dalam mengalakkan pengguna menggunakan dompet digital mereka. Terkini, dalam lebih meyakinkan pengguna, pihak TNG turut mengumumkan polisi jaminan wang kembali sekiranya pengguna menemui sebarang transaksi yang tidak dibenarkan mereka.

Melalui langkah ini, pihak TNG ingin lebih meyakinkan pengguna dalam menggunakan dompet digital mereka untuk transaksi – sekaligus turut mengalakkan pengguna dalam usaha beralih ke bentuk pembayaran baharu ini.

Touch N Go

Untuk menggunakannya, pengguna akan terlebih dahulu perlu membuat pengesahan akaun dompet digital TNG mereka – dimana anda akan diperlukan menghantar gambar dokumen MyKad atau Passport. Selepas akaun anda disahkan, anda akan dilindungi dibawah polisi jaminan wang kembali ini.

Seterusnya, sekiranya anda mendapati sebarang transaksi yang tidak dibenarkan pada akaun anda, maka anda boleh melakukan laporan kepada pihak Touch ’n Go dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan, dan anda akan menerima pulangan wang kembali berkenaan. Seperti biasa, sebelum anda menerimanya, pihak TNG akan membuat siasatan berkaitan, dan sekiranya terbukti sah, anda akan menerima pengembalian wang dalam masa 5 hari bekerja.

Pihak Touch ’n Go turut mengatakan yang mana pada hari ini ia mempunyai lebih 4.2 juta pengguna, dan sekitar 50,000 lokasi penerimaan seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN