Huawei Berjaya Menjual Lebih 10 Juta Unit Huawei P30 Dalam Masa 85 Hari

Huawei Berjaya Menjual Lebih 10 Juta Unit Huawei P30 Dalam Masa 85 Hari

Diterbitkan pada June 27, 2019 oleh .

Walaupun sedang mengalami krisis perdagangan bersama A.S, peranti Huawei masih menerima permintaan yang tinggi oleh pengguna. Mengikut perkongsian daripada Huawei, mereka telah berjaya menjual lebih 10 juta unit Huawei P30 dalam masa hanya 85 hari.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Bahagian Produk Huawei, He Gang ketika di acara MWC Shanghai 2019. Sehingga 20 Jun, siri Huawei P30 telah berjaya terjual lebih 10 juta unit dalam masa 85 hari, sekaligus membuatkannya antara siri peranti yang popular pada saat ini.

Apa yang lebih impresif, 10 juta unit siri Huawei P30 ini telah terjual dalam masa 62 hari lebih awal, jika dibandingkan dengan pencapaian yang serupa pada siri Huawei P20. Perkara ini mungkin didorang daripada keupayaan siri Huawei P30, seperti kebolehan zoom yang unik dan kualiti penggambaran malam yang menakjubkan.

Mengikut stastistik yang dikeluarkan sebelum ini, Huawei turut berjaya memasarkan lebih 100 juta unit sehingga 30 Mei 2019, sekaligus mengekalkan kedudukan yang selesa di belakang Samsung. Namun dengan sekatan daripada A.S., perkara ini mungkin akan memberi kesan kepada jualan peranti Huawei dalam beberapa tempoh akan datang.


TIPS & ULASAN