Carian
Sekolah Akan Mula Menggunakan Google Classroom Menggantikan Frog VLE
June 27, 2019 Aman

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mulai 1 Julai 2019 ini, sekolah di seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh pihak Telekom Malaysia, Celcom dan juga Maxis Broadband.

Kementerian Pendidikan turut mengatakan yang mana perkhidmatan ini adalah untuk tempoh 6 bulan,s ebelum kementerian memilih penyedia perkhidmatan baharu bermula 1 Januari 2020.

Pada masa yang sama, KPM turut mengatakan yang mana susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2, mereka telah memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Google Classroom menggantikan Frog VLE.

KPM turut menekankan yang mana peralihan ini dilakukan dalam usaha untuk menyediakan penawaran terbaik kepada guru dan juga anak-anak, serta warga sekolah.

Komen