Opera sebelum ini telah memperkenalkan sokongan dompet kriptowang pada pelayar web Android dan juga desktop mereka. Terbaru, pihak Opera turut memperluaskan penawaran pelayar web versi baru yang mengintegrasikan sokongan dompet kriptowang kepada pengguna iOS.
Dengan pengenalan ini, pengguna iPhone dan juga iPad turut boleh mengambil kelebihan ciri ini, sekaligus menggunakan pelayar web terbaru daripada Operanyang turut menyertakan sokongan Web 3 bersama-sama dengannya.
Bagi anda yang menggunakan Opera di iOS, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan, sekaligus turut menggunakannya dalam menyimpan kriptowang anda.