Carian
Apple Music Kini Mempunyai Lebih 60 Juta Pelanggan
June 28, 2019 Aman

Apple Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik yang disediakan oleh Apple untuk pengguna platform mereka, selain turut ditawarkan untuk pengguna peranti Android. Terbaru, Apple berkongsi mengatakan yang mana kini Apple Music mempunyai 60 juta pelanggan di seluruh dunia.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan positif untuk perkhidmatan penstriman muzik berkenaan. Apple Music sebelum ini mengumumkan mereka mempunyai 50 juta pelanggan pada bulan April lepas – sekaligus memperlihatkan peningkatan 10 juta pelanggan baru dalam tempoh sekitar dua bulan.

Buat masa ini, Spotify masih menerajui pasaran dan mempunyai lebih 100 juta pelanggan di seluruh dunia.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari akan perkhidmatan Apple Music, atau Spotify?

Komen