Google Images Kini Memudahkan Lagi Perkongsian GIF Beranimasi

Google Images Kini Memudahkan Lagi Perkongsian GIF Beranimasi

Diterbitkan pada June 28, 2019 oleh .

GIF beranimasi dipopularkan pada dekad 90an kerana ia mempunyai saiz yang paling kecil berbanding fail video. Dengan kelajuan internet yang semakin meningkat ia kemudian digantikan dengan Flash. Tetapi aneh sekali penggunaan GIF beranimasi kini kembali popular terutamanya dalam penyebaran meme di media sosial. Bagi memudahkan lagi perkongsian, Google Image kini memperkenalkan butang khas perkongsian pada laman carian.

Apabila carian GIF beranimasi dilakukan, butang Share akan dipaparkan di bawah imej. Pengguna tidak lagi perlu memuat turun dahulu GIF tersebut ke dalam peranti seperti dahulu. Perkongsian boleh dilakukan pada pelbagai platform di dalam peranti. Buat masa ini fungsi perkongsian ini hanya disokong pada aplikasi Google di iOS dan Chrome untuk Android terlebih dahulu.



TIPS & ULASAN