GPD Melancarkan Komputer Riba Dengan Saiz Skrin Sekecil 8.9-inci

GPD Melancarkan Komputer Riba Dengan Saiz Skrin Sekecil 8.9-inci

Diterbitkan pada June 28, 2019 oleh .

GPD merupakan syarikat yang sedia menghasilkan komputer riba bersaiz mini, yang mana mereka telah memasarkan beberapa produk ini melalui kempen Indiegogo. Mereka kini nampaknya telah hadir dengan sebuah produk baru, menerusi GPD P2 Max dengan membawa kebolehan ultrabook dalam rekaan peranti yang kecil.

Komputer riba ini ditujukan bagi pengguna yang ingin menikmati pengkomputeran desktop secara penuh, di dalam sebuah peranti yang kompak dan mudah dibawa. Ia membawakan paparan bersaiz 8.9-inci dengan resolusi 2560 x 1600, nisbah skrin 16:10, dan membawakan nisbah binaan-ke-skrin setinggi 80.9%.

Dari segi dalamannya, ia dikuasakan dengan pilihan cip Intel Celeron 3986Y / Intel Core m3-8100Y, pilihan memori 8GB / 16GB RAM, dan pilihan storan NVMe SSD sebesar 256GB / 512GB. Ia juga membawakan beberapa sambungan standard, seperti 2x USB 3.0, 1x USB-C, 1x mikro-HDMI, dan menyokong sambungan Bluetooth 4.2.

GPD P2 Max telah berjaya mencapai sasaran melebihi 256% di laman Indiegogo, sekaligus melepasi dana yang disasarkan iaitu $90,000. Sewaktu kempen ini berjalan, konfigurasi dengan cip Intel Celeron 3865Y/8GB RAM/256GB telah ditawarkan pada harga $531 (~RM2,199), sementara konfigurasi Intel Core m3-8100Y/16GB RAM/512GB dijual pada harga $705 (~RM2,920).


TIPS & ULASAN