Xiaomi Mi 9T – Peranti Mercu Terbaik Yang Ditawarkan Pada Harga Berpatutan

Xiaomi Mi 9T – Peranti Mercu Terbaik Yang Ditawarkan Pada Harga Berpatutan

Diterbitkan pada July 11, 2019 oleh .

Xiaomi baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 9T. Seperti yang ramai sedia ketahui, jenama Xiaomi adalah antara jenama yang membawakan tanda harga yang sangat mampu milik untuk peranti peranti pintar mereka. Begitu juga dengan Xiaomi Mi 9T ini, dimana telefon pintar ini dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga bermula RM1199.

Jadi, bagi anda yang sedang mencari cari peranti pintar mercu pada harga mampu milik, ini adalah antara sebab mengapa anda perlu meletakkan Xiaomi Mi 9T di dalam senarai pilihan anda.

1) Tanda Harga Xiaomi Mi 9T Di Malaysia Adalah Yang Terendah Di Pasaran Global

Xiaomi Mi 9T

Untuk pengetahuan anda, harga jualan Xiaomi Mi 9T ini di pasaran Malaysia adalah antara yang terendah yang ditawarkan oleh Xiaomi berbanding dengan harga jualan yang dipasarkan secara global.

Hal ini sekaligus menjadikan telefon pintar ini sangat mampu milik kepada semua lapisan masyarakat, kerana ia membawakan tanda harga bermula serendah RM1199 sahaja. Jadi, sekiranya anda sedang mencari cari sebuah peranti mercu dibawah RM1500, Xiaomi Mi 9T adalah pilihan yang terbaik.

2) Merupakan Kumpulan Peranti Pertama Di Malaysia Yang Dijana Dengan Cip Snapdragon 730

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga merupakan kumpulan pertama yang didatangkan dengan janaan cip Snapdragon 730 untuk pasaran Malaysia. Menurut Android Police, cip Snapdragon 730 ini membawakan spesifikasi setaraf Snapdragon 820.

Bersama janaan cip Snapdragon 730 ini, telefon pintar ini juga disertakan bersama CPU satu-teras yang dapat meningkatkan lagi prestasi peranti sebanyak 35% dan penggunaan kuasa dikurangkan sebanyak 10% yang dibantu oleh teknologi AI.

Hal ini menunjukkan bahawa, walaupun harga untuk Xiaomi Mi 9T ini dijual pada harga yang mampu milik, spesifikasinya sangat setanding dengan spesifikasi peranti peranti mercu lain yang menggunakan janaan cip pemprosesan yang lebih tinggi dan sesuai untuk anda yang gemar bermain permua.

3) Rekaan Kaca Berwarna Cerun Yang Memberikan Efek Kemaraan Api Pada Peranti

Xiaomi Mi 9T hadir dengan 3 pilihan warna, iaitu Carbon Black, Glacier Blue dan Flame Red. Warna warna ini boleh dilihat pada bahagian sisi kerangka belakang dimana ia memperlihatkan rekaan yang seakan akan kemaraan api di bahagian sisi dan hitam gelap pada bahagian tengah. Apabila telefon pintar ini digerakkan, ia memperlihatkan gerakkan seperti api yang marak pada bahagian sisi belakang peranti.

Kerangka belakang peranti ini juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 dimana ia dikatakan mampu menahan hentakkan daripada 1.6m tinggi jika terjatuh keatas permukaan yang keras dan kasar.

Beralih pula ke bahagian hadapan peranti, skrin Xiaomi Mi 9T ini hadir dengan keluasan 6.39 inci panel AMOLED beresolusi FHD+ bersama sokongan HDR dan turut dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Skrin hadapannya juga dilihat tidak mempunyai sebarang takuk, dagu yang nipis, hampir nirbingkai dan terdapat pengimbas cap jari bawah skrin berasaskan optikal.

4) Sokongan Kamera Swafoto Pop Naik Yang Mengikuti Trend Terkini

Jika dilihat pada bahagian atas kiri Xiaomi Mi 9T ini, kita dapat lihat bahawa ia menyertakan rekaan kamera swafoto pop naik. Dengan rekaan yang sebegini, ia sangat masuk akal apabila Xiaomi membawakan rekaan skrin hadapan hampir nirbingkai dan tidak mempunyai sebarang takuk untuk menempatkan kamera swafoto yang dilakukan oleh telefon telefon pintar sebelum ini.

Apabila anda mengaktifkan kamera swafoto pada telefon pintar ini, ia akan menghasilkan kesan bunyi bersama lampu LED. Kamera pop naik pada telefon pintar ini juga dikatakan mampu berfungsi sebanyak 300,000 kali pengaktifan tanpa sebarang masalah.

Beralih pula pada spesifikasi dan kehebatan untuk kamera Xiaomi Mi 9T ini, dimana ia menyertakan kamera swafoto 20MP f/2.2 bersama tri kamera utama gabungan 48MP, 8MP lensa telefoto dan 13MP lensa ultra lebar.

Kamera telefon pintar ini juga dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang mana teknologi ini telah dikemaskini pada beberapa fungsi kamera sekaligus menambahbaik lagi mod pro pada kamera ini.

Teknologi AI pada kamera ini juga membuatkan proses pengaktifan kamera hadapan dan belakang menjadi lebih lancar, dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memfokuskan subjek di dalam gambar agar menjadi lebih tajam. Mod bokehnya juga boleh dikatakan agak baik kerana subjek utama dan latar belakang gambar dipisahkan dengan kemas dan tidak keterlaluan.

5) Kapasiti Bateri Dengan Ketahanan Penggunaan Selama 18 Jam

Telefon pintar Xiaomi Mi 9T ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000 mAh bersama pengecasan pantas 18W. Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini merupakan telefon pintar pertama dibawah siri Mi yang hadir dengan kapasiti sebesar 4000 mAh.

Xiaomi Mi 9T

Telefon pintar ini juga merupakan kumpulan pertama yang hadir dengan janaan cip Snapdragon 730 untuk pasaran Malaysia.  Dengan janaan cip Snapdragon 730 bersama bantuan Game Turbo, Xiaomi Mi 9T membolehkan anda untuk membuat rakaman skrin, pengosongan memori  dan menguruskan WiFi atau selular. Dengan kebolehan Game Turbo seperti ini, ia sekaligus membuatkan sesuatu permua menjadi lebih lancar dan meningkatkan lagi prestasi permainan anda.


Kesimpulan

Secara keseluruhan, telefon pintar ini dilihat sangat berbaloi dengan spesifikasi dan harga yang ditawarkan. Xiaomi Mi 9T ini adalah antara pilihan yang baik bagi anda yang ingin memiliki sebuah peranti mercu pada harga yang sangat mampu milik.

Hal ini adalah kerana, telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.39 inci AMOLED, janaan cip Snapdragon 730, bateri berkapasiti 4000mAh, tri-kamera utama gabungan 48MP, 13MP dan 9MP. Manakala, untuk rakaman swafoto pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan sensor kamera 20MP yang tersembunyi pada bahagian kamera pop naik. 

Jadi, bagi anda yang berminat, telefon pintar Xiaomi Mi 9T ini boleh didapati pada harga bermula RM1199 untuk pilihan memori bersama storan 6/64GB, serta RM1399 untuk memori dan storan 6/128GB bermula 6 Julai ini. Dengan hanya RM1199, anda boleh memiliki peranti mercu seperti Xiaomi Mi 9T ini dimana ia sangat berbaloi, seiring dengan matlamat Xiaomi sendiri, iaitu menawarkan harga peranti sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Tetapi, sekiranya anda membuat pra tempahan awal untuk peranti ini, anda boleh memiliki Xiaomi Mi 9T pada harga yang lebih murah, melalui pengedar pengedar rasmi Xiaomi.

Beli: Xiaomi Mi 9T Melalui Lazada

Penafian: Advertorial Daripada Xiaomi Malaysia


TIPS & ULASAN