Cari @ Amanz

Gambar Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super Tertiris – Butiran Khusus Juga Diperlihatkan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super yang sepatutnya diumumkan di acara Computex Taipei bulan lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ia telah diumumkan bahawa kad grafik siri Super ini akan diumumkan/dilancarkan pada 2 Julai kelak, dan akan memperlihatkan penaiktarafan dari segi prestasi dari kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 sehinggalah ke NVIDIA GeForce RTX 2060.

Terkini, laman web VideoCardz telah meniriskan gambar kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super, dan nampaknya kad grafik tersebut kelihatan sama seperti kad grafik siri Founders Edition yang dilancarkan sebelum ini, tetapi dengan label “Super” yang berwarna hijau.

Dalam pada itu, butiran khusus mengenai dua daripad kad grafik ini, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dan NVIDIA GeForce RTX 2060 Super telah diperlihatkan. Spesifikasi kedua-dua kad grafik ini adalah seperti berikut:

NVIDIA GeForce RTX 2070 Super

  • Cip Pemprosesan Grafik: NVIDIA TU104
  • Teras CUDA: 2560 teras
  • Memori: 8GB GDDR6
  • TDP: 215W

NVIDIA GeForce RTX 2060 Super

  • Cip Pemprosesan Grafik: NVIDIA TU106
  • Teras CUDA: 2176 teras
  • Memori: 8GB GDDR6
  • TDP: 175W

Berdasarkan spesifikasi-spesifikasi diatas, kita dapat lihat bahawa cip pemprosesan grafik yang digunakan oleh RTX 2070 Super ialah cip pemprosesan yang sama pada RTX 2080, manakala RTX 2060 Super mempunyai jumlah memori GDDR6 yang lebih tinggi daripada model sebelum ini.

Kedua-dua kad grafik ini juga dilihat menggunakan kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan kad-kad grafik asal, dan dari segi peningkatan prestasi, kedua-dua kad grafik ini dikatakan akan memperlihatkan peningkatan berganda kalinya berbanding dengan kad-kad grafik asal.

Kedua-dua kad grafik ini akan diperkenalkan pada 2 Julai kelak, dan pada waktu tersebut, terdapat kemungkinan kita juga akan memperlihatkan tanda harga kedua-dua kad grafik ini.


Komen ()