Intel Menunjukkan Gambar Pengolokan Rasmi Kad Grafik Intel Xe – Mungkin Akan Dilancarkan Seawal 2020

Intel Menunjukkan Gambar Pengolokan Rasmi Kad Grafik Intel Xe – Mungkin Akan Dilancarkan Seawal 2020

Diterbitkan pada June 28, 2019 oleh .

Intel mula mengacah mengenai rekaan kad grafik mereka sejak sekian lamanya, dan nampaknya butiran khusus mengenai kad grafik tersebut, yang dinamakan Intel Xe sudah mula berbuah.

Terkini, Intel menunjukkan gambar pengolokan (rendered images) rasmi kad grafik tersebut, dan nampaknya kad grafik Intel Xe ini akan hadir untuk pembina komputer pada tahun hadapan.

Gambar pengolokan in ditunjukkan di laman Weibo Intel, dimana ia memperlihatkan sebahagian besar kad grafik tersebut, dari penggunaan tiga kipas penyejuk, rangka yang nampak seperti ia diperbuat daripada logam aluminum, sehinggalah dua palam lapan-pin PCIe.

Melalui salah satu daripada imej ini, kad grafik Intel Xe ini juga akan hadir dengan tiga palam DisplayPort dan satu palam HDMI.

Dari segi spesifikasi dalaman, tidak banyak yang diketahui mengenainya buat masa ini, tetapi melalui laman Weibo tersebut, cip pemprosesan grafik yang akan digunakan nampaknya akan dibina menggunakan proses 10nm.


TIPS & ULASAN