OPPO ColorOS Kini Mempunyai Lebih 300 Juta Pengguna Aktif

OPPO ColorOS Kini Mempunyai Lebih 300 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada June 28, 2019 oleh .

OPPO antara jenama telefon pintar yang popular dalam kalangan pengguna, sehingga mereka berjaya berada dalam 5 tangga teratas untuk pegangan pasaran telefon pintar di dunia. Perkara ini sekaligus memberi kesan yang positif kepada penggunaan ColorOS, dalam membolehkan OPPO menawarkan sejumlah perkhidmatan yang menarik pada antaramuka ini.

OPPO melaporkan stastistik ini sewaktu mengadakan perkongsian bersama para pembangun di acara MWC Shanghai 2019. Pada acara tersebut, OPPO mengatakan bahawa mereka mempunyai 300 juta pengguna aktif pada lebih 40 buah negara di serata dunia.

Mereka juga berkongsi mengenai stastistik muat-turun pada gedung aplikasi di dalam ColorOS, yang kini mencapai 218 juta muat-turun aktif dalam setiap bulan. Untuk pelayar web OPPO yang terbina pada ColorOS, mereka juga meraih sekitar 200 juta penggunaan aktif pada setiap bulan.

Dengan perkongsian statistik ini, ia dapat meningkatkan keyakinan kepada para pembangun dalam menawarkan aplikasi pihak ketiga secara terbina. Ia juga dapat menarik perhatian beberapa syarikat teknologi, dalam membawa solusi komersial untuk menambah baik pengalaman pengguna di dalam ColorOS.


TIPS & ULASAN