Cari @ Amanz

Jony Ive Pernah Hadir Dengan Rekaan Kereta Apple Tanpa Stereng, Dikawal Siri

Oleh Aman

Link Copied!

Semalam, ia telah diumumkan yang mana Jony Ive akan meninggalkan Apple, dan membuka firma rekaan beliau tersendiri. Sejak daripada itu, sejumlah laporan baru telah hadir berkaitan beliau, termasuk yang berkongsi berkenaan dengan projek rahsia Apple, iaitu Apple Car.

Mengikut laporan The Information, ia dikatakan Jony Ive pernah hadir dengan beberapa rekaan prototaip untuk Apple Car, termasuk tidak menggunakan stereng dan dikawal sepenuhnya berasaskan suara, iaitu Siri.

Laporan sama turut mengatakan beliau turut hadir dengan rekaan kenderaan berkenaan yang dilengkapi kayu dan juga bahan berasaskan kulit.

Apa pun, ia tidak diketahui apakah kesan lanjutan daripadanya. Apple masih tidak berkongsi sebarang perancangan mereka berkenaan kereta. Baru-baru ini, mereka telah mengambil-alih Drive.ai dalam usaha mendapatkan kepakaran dan jurutera dalam meneruskan usaha untuk hadir dengan kenderaan swapandu.


Komen ()