Carian
Redmi Ingin Hadir Dengan Telefon 5G Pada Harga Kurang ~RM1200 Menjelang Tahun Hadapan
June 29, 2019 Aman

Xiaomi sebelum ini telah menjadi antara yang terawal memperkenalkan peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Menariknya, kini selain Xiaomi, sub-jenama mereka yang memfokuskan peranti mampu-milik turut bercadang untuk hadir dengan peranti berasaskan 5G mereka tersendiri.

Bercakap mengenainya, pihak Redmi mengatakan mereka akan hadir dengan telefon 5G tersendiri menjelang penghujung 2020 kelak, dan menariknya akan menawarkan ia pada harga sangat kompetitif, iaitu kurang RMB2000 (~RM1200).

Pada hari ini, pelbagai peranti dengan sokongan rangkaian 5G masih dijual pada harga yang sangat mahal kerana komponen untuknya yang masih tidak dikeluarkan dengan meluas, malah sokongan rangkaian untuknya juga masih terhad.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tahun 2020 untuk melihat persaingan lebih sihat dan pada masa yang sama menguntungkan lebih ramai pengguna.

Komen