Baru-baru ini, Huawei telah mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan sebanyak 100 juta telefon pintar sehingga 31 Mei 2019 lalu. Ia hanya mengambil masa sekitar 149 hari sahaja untuk mencapai angka pengeluaran sehingga 100 juta. Pada 20 Jun lepas juga, Huawei turut berjaya mengeluarkan sebanyak 10 juta peranti untuk siri Huawei P30 sekaligus menjadikan siri telefon pintar ini sebagai antara peranti terbaik dalam industri teknologi yang mana ia menawarkan rekaan bersama spesifikasi yang premium.
Bukan itu sahaja, Huawei juga ada menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada semua pengguna untuk sepanjang tahun 2019 ini. Antara tawaran yang disediakan termasuk servis penukaran bateri, pertandingan dan kelas fotografi serta kemaskini sistem operasi EMUI 9.1 untuk beberapa peranti Huawei. Walaubagaimanapun, penawaran dari Huawei tidak berhenti di sini sahaja. Kini, Huawei kembali dengan satu lagi tawaran baru iaitu jaminan perlindungan untuk peranti siri P30, siri Mate 20, siri Nova 4, Nova 3i dan juga siri MediaPad M5 selama 24 bulan.
Dengan adanya pelan jaminan sehingga 2 tahun, sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjamin keselamatan telefon pintar anda untuk tempoh yang lebih panjang – yang mana lebih lama berbanding kebanyakkan pengeluar lain yang hanya menawarkan maksima setahun sahaja. Menarik bukan?
Jadi, mari kita lihat senario yang sinonim dengan kehidupan seharian untuk mengetahui informasi lebih lanjut mengenai jaminan perlindungan yang ditawarkan oleh Huawei.
Tempoh Jaminan Selama 24 Bulan
Seperti yang anda sedia maklum, setiap jenama pasti akan menawarkan jaminan untuk setiap produk atau telefon pintar mereka. Tidak kira peranti kelas permulaan atau peranti mercu, masing-masing akan mempunyai jaminan jika berlaku kerosakan atau kecacatan pada peranti. Kebiasaannya, pengguna akan menerima jaminan selama 6 bulan, 12 bulan atau 18 bulan bagi setiap peranti yang dibeli.
Sudah tentu sewaktu awal penggunaan peranti, ia tidak menunjukkan sebarang tanda masalah ataupun tanda-tanda kerosakkan. Namun, selepas beberapa ketika, ia pasti akan mula menunjukkan masalah pada operasi atau kelancaran peranti ketika melakukan tugasan. Jadi, dengan jaminan perlindungan 2 tahun daripada Huawei, anda tidak perlu khuatir jika terdapat sebarang masalah pada peranti milik anda. Anda hanya perlu menghantar peranti anda ke kedai servis Huawei bagi mendapatkan gantian yang sesuai untuk peranti anda. Dengan penambahan bulan pada tempoh jaminan, perlindungan telefon pintar anda adalah lebih terjaga dan selamat.
Komponen Dalam Telefon Pintar Rosak
Pernahkah telefon anda mengalami sebarang kerosakkan pada komponen seperti skrin peranti, bateri atau pembesar suara? Jika pernah, pasti anda tahu bahawa caj atau kos yang dikenakan untuk membaiki peranti adalah tidak murah. Malah, ia boleh mencapai sehingga ratusan ringgit untuk sesetengah komponen. Melalui penawaran menarik ini, Huawei akan menukar ganti mana-mana komponen yang rosak secara percuma dengan syarat peranti anda masih berada dalam jaminan 24 bulan.
Perlindungan Dan Jaminan Tambahan
Rata-rata jenama lain menawarkan jaminan sehingga 12 bulan sahaja. Tetapi di Huawei, anda boleh mendapatkan perlindungan dan jaminan tambahan. Menerusi jaminan 2 tahun ini, anda tidak perlu risau mengenai perlindungan keselamatan selain dapat memastikan pengalaman penggunaan telefon pintar anda tidak terjejas.
Walaubagaimanapun, jaminan perlindungan ini masih tertakluk pada terma dan syarat yang mana dengan syarat ia bukan kerosakan buatan manusia. Bagi anda yang ingin medapatkan servis, anda boleh lawati pusat perkhidmatan untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan secara percuma dalam tempoh 24 bulan selepas membeli peranti.
Tawaran Rebat Sehingga RM400
Menariknya, anda bukan sahaja mempunyai perlindungan selama dua tahun untuk peranti pintar anda bahkan pihak Huawei turut menyediakan penawaran rebat sebanyak RM400 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan servis dan tukar ganti komponen peranti-peranti sewaktu tempoh jaminan masih aktif. Tawaran ini bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan khidmat perlindungan dari Huawei tetapi juga memastikan kelancaran pengalaman pengguna ketika memiliki dan mengendali peranti pintar Huawei.
Dengan ini dapat disimpulkan, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik menerusi jaminan perlindungan 24 bulan dari Huawei. Antaranya termasuk jaminan untuk kerosakkan komponen dalam peranti, tawaran rebat sehingga RM400 serta perlindungan untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding jenama lain.
Di samping itu, Huawei turut menampilkan harga yang lebih rendah untuk beberapa peranti mereka iaitu Huawei P30 pada harga RM2299, Huawei P30 Pro (8GB RAM + 256GB) pada harga RM3399 dan juga RM799 untuk Huawei Nova 3i.
Bagi yang berminat, anda boleh menuntut jaminan perlindungan dari Huawei menerusi pusat perkhidmatan HiCare untuk peranti siri Huawei P30, siri Huawei Mate 20 serta siri Huawei Nova 4, Nova 3i serta siri Huawei MediaPad M5. Tawaran ini sah pada tempoh bermula 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019. Dan untuk 1 Julai 2019 sehingga 8 Julai 2019, akan berlangsung Huawei Online IT Fair yang menawarkan promosi menarik yang berbeza setiap hari jadi jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki peranti Huawei terkini.
Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia