Cari @ Amanz

Huawei Mengemaskini Harga Jualan Siri P30 Dan Nova 3i – Huawei P30 Kini Bermula RM2299

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei pada tahun ini telah hadir dengan beberapa peranti menarik, termasuk yang mencuri perhatian adalah siri Huawei P30. Menariknya, kini memulakan pertengahan tahun kedua 2019, pihak Huawei mengumumkan kemaskini pada harga jualan siri Huawei P30 dan juga untuk Huawei Nova 3i.

Huawei P30 kini ditawarkan pada harga RM2299 (berbanding RM2699 ketika pengenalannya dulu), Huawei P30 Pro pada harga RM3399 (berbanding RM3799 ketika pelancaran), dan Huawei Nova 3i pada harga RM799 (berbanding harga pelancaran RM999).

Huawei Harga Baru

Selain daripada itu, pihak Huawei turut mengumumkan yang mana kini peranti mereka hadir dengan tempoh jaminan selama dua tahun lamanya. Jaminan tambahan ini ditawarkan untuk sejumlah model terpilih, termasuk antaranya adalah siri Mate 20, siri P30, siri Nova 4, siri MediaPad M5, dan juga Nova 3i. Promosi ini ditawarkan antara 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019 kelak, dimana pengguna yang membelinya boleh menebus jaminan tambahan ini melalui aplikasi HiCare.


Komen ()