Samsung Galaxy A50 Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video Gerak-Perlahan & Mod Malam

Samsung Galaxy A50 Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video Gerak-Perlahan & Mod Malam

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Samsung Galaxy A50 antara peranti kelas pertengahan yang popular pada tahun ini atas kehadiran spesifikasi yang ditawarkan. Samsung nampaknya ingin menambah baik peranti ini, dengan menawarkan sokongan rakaman video gerak-perlahan dan mod malam.

Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang pengguna di Twitter, yang mana beliau menerima fungsi ini melalui kemaskini bulan Jun untuk Galaxy A50. Namun begitu, aplikasi kamera perlu dibuat reset terlebih dahulu sebelum fungsi ini dapat dipaparkan kepada pengguna.

Dengan adanya kebolehan rakaman video-gerak perlahan, pengguna boleh mendapatkan rakaman yang lebih sinematik, terutama rakaman objek yang sedang bergerak pantas. Bagi kebolehan mod malam, ia membolehkan peranti menghasilkan penggambaran malam yang lebih menawan melalui tangkapan slow shutter yang distabilkan melalui AI.

Samsung Galaxy A50 membawakan paparan 6.4″ Super AMOLED FHD+, cip Exynos 9610, memori 6GB RAM, dan penawaran storan sebesar 128GB. Ia juga hadir dengan kebolehan tri-kamera 25MP f/1.7 + 8MP (ultralebar) + 5MP (depth), kamera hadapan 25MP f/2.0, dan bateri berkapasiti 4000 mAh. Di Malaysia, peranti ini telah ditawarkan pada harga RM1199 bagi variasi 6GB RAM + 128GB.

Kedua-dua fungsi ini telah mula ditawarkan oleh beberapa pengguna di India, dan dijangka akan diedarkan kepada pengguna lain secara berperingkat. Jadi bagi anda yang memiliki Samsung Galaxy A50, anda boleh menyemak kemaskini untuk bulan Jun ini melalui Settings > Software Updates.


TIPS & ULASAN