Harga Dan Tarikh Jualan NVIDIA GeForce RTX Super Tertiris

Harga Dan Tarikh Jualan NVIDIA GeForce RTX Super Tertiris

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Minggu lepas, beberapa butiran khusus mengenai dua daripada kad grafik terbaru oleh NVIDIA, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dan NVIDIA GeForce RTX 2060 Super tertiris.

Pengumuman rasmi mengenai siri kad grafik NVIDIA RTX Super ini sepatutnya diadakan pada 2 Julai, tetapi butiran harga dan tarikh penjualan sudahpun tertiris melalui laman web VideoCardz.

Menurut mereka, dua daripada kad grafik tersebut, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dan juga NVIDIA GeForce RTX 2060 Super akan mula dijual di pasaran bermula 9 Julai 2019, manakala NVIDIA GeForce RTX 2080 Super pula akan dijual bermula 23 Julai 2019.

Dari segi tanda harga pula, ia dikatakan bahawa ketiga-tiga kad grafik ini akan tiba dengan harga yang cukup premium. NVIDIA GeForce RTX 2080 Super akan dijual pada harga $699 (~RM2800), NVIDIA GeForce RTX 2070 Super pada harga $499 (~RM2000) manakala NVIDIA GeForce RTX 2060 Super akan dijual pada harga $399 (~RM1600).

Kami menjangkakan seperti biasa, apabila kad-kad grafik ini memasuki pasaran tempatan, harganya akan melonjak dua ke tiga kali ganda harga asal, akan tetapi ini juga mungkin bermakna bahawa kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang asal akan melihat penurunan harga, menjadikannya lebih mampu milik.


TIPS & ULASAN