Western Digital dan Toshiba boleh dikatakan diantara syarikat yang paling penting dalam pembuatan cip memori, dan baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa kilang kedua-dua syarikat ini di Yokkaichi, Jepun telah mengalami gangguan bekalan elektrik.
Western Digital hadir dengan kenyataan akhbar dimana mereka mengatakan bahawa kilang pembuatan NAND tersebut yang bertanggungjawab untuk menghasilkan 35 peratus daripada jumlah NAND yang diperlukan di seluruh dunia telah mengalami gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan proses pembuatan cip memori tersebut tergendala.
Menurut unjuran Western Digital, kira-kira 6 Exabyte (enam bilion Gigabyte) tidak boleh digunakan kerana cip-cip NAND yang tidak sempat dikeluarkan kini tidak lagi boleh digunakan, dan ini menyebabkan kerugian yang cukup besar untuk Western Digital dan Toshiba.
Pihak Western Digital masih lagi sedang menilai kerosakan yang berlaku, dan akan mengambil masa untuk memastikan semua peralatan mereka berjalan dengan lancar.