Hari ini, Silverlake Digital INX Sdn Bhd dan Money Design Co. Ltd. syarikat daripada Jepun tersebut telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan pengurusan pelaburan digital di Malaysia, MYTHEO. Perkhidmatan ini dibawah naungan pengurusan syarikat GAX MD Sdn. Bhd. untuk operasi Malaysia.
Untuk makluman anda MYTHEO diperkenalkan untuk meningkatkan literasi kewangan di kalangan warga Malaysia terutamanya warga muda sebagai platform pelaburan dan penyimpanan wang tanpa kekangan modal dan kos yang tinggi. Selain itu, MYTHEO juga amat mesra pengguna dan mempunyai kos yang berpatutan dan sangat sesuai digunakan.
Seterusnya, MYTHEO turut menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital melalui web dan platform mudah alih dengan komitmen mula serendah RM500. Teknologi kewangan, MYTHEO, ini bertunjangkan algoritma yang dicipta khas oleh Money Design dengan bantuan Universiti Kyoto di Jepun. Perkhidmatan ini juga dapat menghasilkan portfolio pelaburan yang optimum dan selaras dengan kehendak risiko yang ditetapkan sendiri oleh pengguna.
Teknologi kewangan ini telah dibina untuk memastikan pengguna dapat mendaftar dengan selamat dan menggunakannya dengan efisien. Untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci, anda bolehlah layari pada pautan dibawah.