Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 5. Bercakap mengenainya, Bill Liu (Pengarah Huawei Consumer Business Group Malaysia) mengatakan mereka menyasarkan untuk membawa masuk Huawei Nove 5 ke Malaysia.

Huawei Nova 5

Walaubagaimanapun, Huawei Malaysia masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan dilancarkan, dan model apakah yang bakal memasuki pasaran tempatan.

Sebelum ini, Huawei telah memperkenalkan tiga model dibawah siri Nova 5, iaitu Huawei Nova 5i, Nova 5 dan juga Nova 5 Pro. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan bilakah peranti dibawah siri Nova 5 ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd