Huawei Berharap Dapat Membawa Masuk Peranti 5G Seawal Tahun Ini Ke Malaysia

Huawei Berharap Dapat Membawa Masuk Peranti 5G Seawal Tahun Ini Ke Malaysia

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Huawei sebelum ini telah pun mempertontonkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G mereka dipasaran tempatan ketika minggu 5G Malaysia sekitar dua bulan lepas. Hari ini, bercakap lanjut mengenainya, Bill Liu (Pengarah Huawei Consumer Business Group Malaysia) mengatakan mereka berharap agar dapat membawa masuk peranti 5G seawal tahun ini ke Malaysia.

Antara peranti dengan sokongan rangkaian 5G yang dinantikan pengguna adalah termasuk Huawei Mate 20X 5G dan juga telefon boleh-lipat Huawei Mate X.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum peranti berkenaan dapat dibawa masuk, termasuk dari segi penawaran spektrum dan sebagainya.

Buat masa ini, kerajaan masih belum mengumumkan secara rasminya berkaitan penawaran spektrum dan lain-lain. Mungkin kita akan dapat mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN