Apabila topik rantaian blok dibincangkan, kebiasaannya orang ramai akan mula berfikir mengenai kriptowang seperti Bitcoin dan sebagainya. Akan tetapi, rantaian blok terdapat banyak lagi kegunaan, seperti penjejakan proses dan sebagainya, kerana data yang terkandung didalam rantaian tersebut tidak boleh diubahsuai.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Walmart China telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti PricewaterhouseCoopers dan VeChain untuk menghasilkan sebuah sistem dimana produk-produk makanan yang dihasilkan akan dijejak dari setiap proses, daripada sumber makanan tersebut, sehinggalah tahap dimana produk tersebut dihantar ke premis-premis Walmart di sekitar China.
Dinamakan Walmart China Blockchain Traceability Platform ia kini menjejak proses 23 jenis produk makanan, dan 100 lagi jenis makanan akan ditambahkan sepanjang tahun 2019, seperti beras, minyak masak, daging dan sebagainya.
Ini merupakan langkah yang sangat baik oleh Walmart dan juga VeChain, kerana isu makanan palsu adalah sesuatu yang boleh dikatakan cukup serius terutamanya di China.