Kerusi Gaming Cooler Master Caliber R1 Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Kerusi Gaming Cooler Master Caliber R1 Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada July 1, 2019 oleh .

Kerusi gaming nampaknya sudah menjadi sebuah aksesori hangat dikalangan gamer. Pada mulanya ia hadir sebagai sebuah tambahan premium kepada mereka yang mampu memilikinya, tetapi kini pelbagai jenama sudah hadir dengan pilihan dengan tanda harga lebih mampu milik.

Salah satu daripada jenama tersebut ialah Cooler Master, sebuah jenama aksesori komputer yang terkenal diserata dunia. Terkini, mereka mengumumkan kehadiran kerusi gaming pertama mereka yang dinamakan Cooler Master Caliber R1.

Kerusi Caliber R1 ini hadir dengan rekaan ergonomik dan tempat duduknya menggunakan bahan Polyurethane yang memastikan keselesaan walaupun pengguna duduk selama berjam-jam untuk sesi gaming ataupun bekerja buat jangka masa yang panjang.

Untuk sokongan tambahan, kerusi Caliber R1 ini juga hadir dengan bantal sokongan tengkuk dan belakang untuk memastikan postur anda tidak kekok untuk mengelakkan sakit tengkuk dan belakang.

Dalam pada itu, bahagian belakang kerusi ini juga boleh dikendurkan ke belakang jika anda ingin baring buat seketika diatas kerusi ini. Bahagian pemegang di sisi juga boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna.

Menurut Cooler Master Malaysia, kerusi Cooler Master Caliber R1 ini sudah boleh dibeli di kedai-kedai tempatan pada harga RM999.


TIPS & ULASAN